Daerah Belait adalah daerah yang terbesar diantara empat-empat daerah di negara ini yang mempunyai keluasan 2791.368 km persegi. Daerah Belait mempunyai 8 buah mukim iatu :
1. Mukim
Kuala
Belait
- 80.502 sq.km
2. Mukim
Kuala
Balai
- 295.3398 sq.km
3. Mukim
Seria
- 168.730 sq.km
4, Mukim
Liang
- 142.781 sq.km
5. Mukim
Bukit
Sawat
- 303.306 sq.km
6. Mukim
Labi
- 361.804 sq.km
7. Mukim
Sukang
- 812.245 sq.km
8. Mukim
Melilas
- 602.803 sq.km
Pusat
Pentadbiran Daerah Belait dahulunya terletak di Mukim Kuala Balai yang mana
ditubuhkan dalam tahun 1926 dan ditadbir oleh seorang Pegawai Daerah Belait
yang pada ketika itu Yang Mulia Pengiran Dato Shah Bandar Pengiran Anak Hashim.
Dalam Tahun
1929 setelah minyak ditemui di Pekan Seria, Pusat pentadbirannya pun berpindah
ke kawasan Kuala Belait yangmana bangunannya terletak di Jalan Mckerron pada
masa ini. Pada ketika itu Pegawai Daerahnya ialah Yang Mulia Dato Shah Bandar
Abang Seruji. Sistem Penolong Residen mula diperkenalkan dalam tahun 1930
sehingga dalam tahun 1960 seorang anak tempatan pertama telah dilantik menjadi
Penolong Residen Daerah Belait yang pada ketika itu Yang Mulia Pengiran Haji
Abu Bakar.
Dalam Tahun
1984, Pusat Pentadbirannya berpindah lagi ke bangunan barunya persebelahan
dengan bangunan lama di Jalam Mckerron sehingga ke hari ini. Pegawai Daerah
Belait yang sekarang ialah Yang Mulia, Awang Matusin Bin Orang Kaya Sura Haji
Tuba.
http://jabatandaerahbelait.blogspot.com/
https://www.facebook.com/jdbkhedn
https://www.facebook.com/jdbkhedn