Brunei - memang dah lama teringin singgah ke negara jiran kita ini tetapi ada sahaja perkara yang membatalkan niat hehehe. Jadinya bila tasyha offer untuk masuk ke Brunei dari Miri, umpama bulan jatuh ke riba. Rugilah kalau kata tak nak, kan? hehehe. Jadinya berbekalkan wang sebanyak $20, kami berempat pun bergerak menuju ke Brunei.
Ada 2 tol yang akan ditempuhi sepanjang perjalanan. Pertamanya tol Sungai Rasau dengan kadar bayaran RM10 (bergantung kepada jenis kenderaan). Tol yang kedua, bila memasuki Brunei dengan bayaran $3. Bagi pemeriksaan imigresen pula, seperti biasalah imigresen Malaysia (cop passport) dan di Brunei. Cuma waktu memasuki imigresen Brunei make sure borang kebenaran sementara bagi kenderaan telah pun diisi. Kalau takde borang tu minta aje di kaunter, isi borang dan kembali ke kaunter imigresen untuk pengesahan borang dan juga passport.

Perjalanan mengambil masa sekitar 3 jam untuk tiba ke Bandar Seri Begawan. Sepanjang perjalanan, tak terasa pun macam berada di negara orang; maksud saya pemandangan di kiri-kanan takde beza pun seperti pemandangan di Malaysia. Oleh kerana waktu pun dah tengahari, kami terus menuju ke Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah yang terletak 4km dari Bandar Seri Begawan. Kagum dengan keindahan dan senibina dalamannya. Sayangnya kamera tidak dibenar digunakan di dalam dewan solat. Alhamdulillah, di sini kami sempat menunaikan solat Jumaat bersama-sama dengan jemaah yang lain.
Ya, cuaca mendung dan hujan waktu kami di Brunei tetapi takdelah sampai cancel semua plan. Redah ajelah huhuhu.
Dari masjid kami menuju ke Kampung Ayer atau pun ada yang menggelarkannya sebagai Venice of the east'. Opps sebelum itu, singgah di mall yang terletak di hadapan jeti Kg Ayer ini untuk cuci mata. Err fridge magnet di sini rata-rata berharga $5 dan ke atas - tak mampu nak beli sebab duit cuma ada $20 sahaja huhuhu.
"kak, di sini mana saya boleh cari local foods ya?"
"err, tak tahu.."
Itu jawapan yang saya dapat. Ingatkan bolehlah try kuliner asli Brunei tetapi takde maknanyalah. Alih-alih kami bergerak menuju ke food court yang berada di tingkat atas.
Perut dah terisi, kami kembali ke jeti. Ada seorang pakcik offer $30/boat utk ke keliling Kg. Ayer dan extra $10 untuk tengok monyet cute (Proboscis Monkey - monyet hidung panjang).
Puas menyelusuri sungai, kami kembali ke jeti. Oleh kerana hari pun dah agak lewat (sekitar jam 3.++pm), kami mengambil keputusan untuk bergerak kembali ke Miri. Tiba di Miri pun dah lewat, lepas aje makan terus masing-masing layan kantuk.
http://mystoriesmories.blogspot.com/2013/04/sehari-di-brunei.html