Wednesday 24 September 2014

Drive From Brunei to Limbang

makam raja ayang

Miri, seawal 8.00 pagi lagi aku dan Cikgu Bad sudah mencari teksi untuk ke perhentian bas ke Brunei, setelah di sembelih RM10.00 kami dihantar ke stesen bas (bersebelahan bangunan Pelita Tuanku) yang terletak kira-kira 700 meter dari hotel penginapan. Kami mengambil bas Miri ke Belait dengan kos RM7.50 dari Miri ke Sg Tujoh dan RM5.50 dari Sg. Tujoh ke Belait.

Perjalanan sebenarnya cuma mengambil masa 2 jam tetapi akibat proses imegresen di Kompleks Imegresen Sg. Tujoh dan pertukaran bas ia mengambil masa selama lebih 3 jam untuk sampai ke Kuala Belait. Dari Kuala Belait kami terpaksa ke Seria untuk ke Bandar Seri Begawan, dengan bayaran BND1.00 (BND1.00 bersamaan dengan RM2.45) kami sampai di Seria dengan menggunakan bas kecil dan berhawa dingin. Di Seria sumber minyak sangat dasyat kerana kita akan dapat melihat laluan paip minyak dan pengepam minyak betul-betul berada bersebelahan rumah mereka!. Mungkin kerana itu minyak petrol cuma bernilai sekitar BND0.50 dan diesel bernilai BND0.30 di sini.

TAIB

Seria pekan sebesar Bintangor di Sarawak cuma dapat menawarkan bas tidak berhawa dingin ke Bandar Seri Begawan dengan tambang berjumlah BND6.00. Perjalanan selama 2 jam itu tidaklah membosankan kerana kami dapat melihat keindahan kampung-kampung dimana terdapat binaan rumah yang diperbuat daripada batu tetapi bercirikan Melayu. Kami sampai di Bandar Seri Begawan lebih kurang jam 4.00 petang dan dapat mencari hotel low cheap berhadapan dengan Brunei Hotel dengan bayaran BND39.00 tanpa kemudahan tv.

Brunei Hotel

Sebelum berjalan-jalan kami menjamah makanan di sebuah restoren, dengan BND5.70 aku mendapat kailan ikan masin, rendang daging dan teh o ais Di sini makanan yang dihidangkan sangat banyak iaitu dua kali ganda daripada biasa dan jarang dapat kita habiskan. Kemudian kami terus ke Tamu Kianggeh yang menyediakan pelbagai barangan dapur dan kraftangan.

Kemudian dengan bayaran BND20.00 kami menaiki bot dengan kuasa kuda 60 menjelajah Kampung Air yang mempunyai prasarana yang lengkap seperti sekolah dan balai bomba. Perjalanan diteruskan dengan melawat Masjid Sultan Ali Saifuddieen dan di teruskan ke Istana Nurul Iman. Jarak Istana sangat jauh dari bandar (kira-kira 3-4km), keputusan aku dan Cikgu Bad untuk berjalan kaki adalah keputusan yang salah kerana selepas jam 7 malam langsung tidak kelihatan teksi dan bas di sini hingga memaksa kami berjalan kaki pulang walaupun dalam keletihan. Istana yang terbesar di dunia ini dikawal ketat sama-ada di jalan darat di hadapan mahupun di jalan air di belakangnya.


Sebelum ke hotel kami sempat singgah di Tamu (seperti Maplay di PJ)yang menyediakan pelbagai jenis makanan tempatan seperti Ambuyat dan Nasi Katok. Nasi Katok cuma berharga BND1.00 yang terdiri daripada nasi dua kali ganda di Malaysia, seketul ayam goreng dan sambal yang agak masam kerana ada rasa petai di dalamnnya. Ambuyat pula merupakan makanan yang berlendir (sagu agaknya kelihatan seperti kanji) yang dimakan bersama lauk dan sayur. Malam di Bandar Seri Begawan tidaklah meriah sangat, tetapi cukup selesa untuk aku yang suka sekali melihat kemeriahan jeti sungainya yang tidak pernah lekang dengan bunyi enjin 60 kuasa kuda mengambil penumpang walaupun pada waktu malam.

Balai Alat Kebesaran Diraja brunei

Keesokannya awal pagi kami bersarapan di Restoren Mak Ngah berhampiran hotel, dengan kos tiga kuih BND1.00. Antara kuih yang popular ialah kelupis iaitu pulut yang di kukus di dalam sejenis daun dan dicicah dengan kari. Kami mengambil keputusan pergi Balai Alat Kebesaran Diraja yang terletak bersebelahan dengan dataran, adalah kesilapan besar tidak datang ke sini kerana kita dapat melihat bagaimana cara kehidupan di Raja dan peralatan yang digunakan secara dekat. Kebanyakan peralatannya diperbuat daripada emas dan dikawal dengan kawalan yang paling ketat. Di sini juga banyak dijual cenderamata yang murah seperti topi,pen dan mug yang berharga BND3.50 (aku menghabiskan wang sebanyak BND26.00 untuk cenderamata).

Kemudian setelah bertanya dengan orang di sini kami berjaya mendapatkan teksi sapu dengan kos BND40.00 untuk menghantar kami ke Masjid Jamek Asr Hassanil Bolkiah, Bubungan Dua Belas dan Muzium. Untuk mencari teksi di sini sangat susah kecuali di stesen teksi dan tambangnya sangat mahal. Masjid Jamek Asr Hassanil Bolkiah yang dibina pada 1988 sangat indah buatannya dan istimewanya kubahnya diperbuat daripada emas. Di Bubungan Dua Belas pula merupakan tempat hubungan antara Brunei dan British berlangsung (ia juga kediaman Residen British) dimana Ratu Elizabeth pernah sampai ke sini pada 1992.

Lawatan kami yang terakhir adalah ke Muzium yang terletak di Kota Batu merupakan bekas tapak purba kerajaan Brunei. Banyak maklumat yang diperolehi di sini yang pasti ia tidak banyak sangat berbeza dengan orang Melayu di Nusantara. Untuk ke bandar dari sini kami mengalami masalah kerana sukar mendapat bas dan teksi di sini. Aku terpaksa menahan kereta orang awam dan dengan jasa baik orang sini secara percuma mereka sudi menghantarkan kami ke Bandar Seri Begawan.

tamu kianggeh

Setelah menjamah makanan tengahari yang sama seperti semalam iaitu Kailan Ikan Masin, telur dan milo ais berharga BND4.70, kami meneruskan perjalanan ke Kuala Lurah dengan menaiki bas berhawa dingin bernombor 48. Ia cuma mengambil masa kira-kira 45 minit dengan kos BND1.00 dan sampai ke pintu sempadan Kuala Lurah Limbang. Cikgu Bad menghadapi masalah kerana tidak membawa pas perjalanan terhad, namun ia berjaya diselesaikan kerana status guru dipandang tinggi di sini.

Kami mendapat maklumat yang salah mengatakan bahawa terdapat bas dari Kuala Lurah ke Limbang, sebenarnya langsung tidak ada!. Kita sebenarnya harus menaiki teksi ke sana, masalahnya tiada teksi di sini selepas pukul 5.00 petang!, setelah berunding dengan penduduk sini aku berjaya mendapatkan teksi sapu dengan kos RM50.00 untuk ke Limbang sejauh 41km.

Limbang aku kira hampir sebesar Teluk Intan membolehkan kita untuk terus ke Labuan melalui jalan air selama 2 jam ataupun ke Kota Kinabalu melalui jalan darat (Temburong-Brunei)selama 3 jam. Limbang agak istimewa kerana ia terletak ditengah-tengah Brunei menyebabkan kebanyakan penduduk di sini mempunyai pssport antarabangsa untuk ke Kota Kinabalu mahupun ke Miri. Kami tinggal di Hotel Purnama berstatus 3 bintang dengan kos RM70.00 setelah mendapat keistimewaan sebagai pegawai kerajaan.

Hari ketiga aku berjaya mendapatkan kereta sapu untuk balik ke Miri dengan pertolongan kawan-kawan yang bermaustatin di Limbang. Aku mengambil keputusan ini supaya ia lebih cepat kerana menggunakan jalan pintas, proses imigresen yang cepat dan juga mahu melihat jalan di bahagian pedalaman berbanding mennyusur laut sebelum ini. Tidak banyak permandangan yang menarik melalui jalan ini namun ia sangat cepat kerana melalui jalan kampung tanpa perlu melalui Seria dan Kuala Belait, berbaloi dengan wang RM50.00 yang dilaburkan.

Note :
*Terdapat tol di Jambatan Rasau, motosikal BND1.00, kereta BND5.00, van BND10.00 dan bas BND20.00.
*Pengangkutan awan adalah perkara yang sukar di sini.
*Limbang tersepit di antara Brunei.
*Baginda Sultan Brunei pernah menuntut di Victoria Institution dan Maktab Perguruan Sultan Idris.
*Setiap sms yang diterima dan dihantar kan dikenakan RM2.00.
*Kebanyakan rumah di sini tidak berpagar.
*Radio Brunei menyiarkan lagu Malaysia seperti Allleycats dan Uji Rashid.
*Baginda Sultan menjadi idola rakyatnya.
*Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke dalam muzium dan seumpamannya.
*Terdapat ramai pekerja asing di sini seperti di Malaysia.

http://maswafi.blogspot.com/2010/02/blog-post.html

Friday 12 September 2014

Hike and Trails to Bukit Subok Park

WANT to be rewarded with a majestic view of the Brunei Sultanate’s iconic water village and the capital after working out a sweat?
Then the Brunei Bukit Subok Recreation Park and Forest Reserve, with an area of 15 hectares and located about one kilometre from the city centre, is the ideal place to be.
To get to hike the Bukit Subok top, there are two routes to trails and hike— either a challenging steep flight of stairs of about two kilometres to the peak or a long trek with a gradual climb. However, the latter is currently undergoing construction and isn’t advisable for trekking at the moment.
The first route requires one to climb around 600 steps, each varying in height, to the top, providing ample workout especially at brisk pace.
At the top, stunning view of the Brunei bay and its surrounding vistas including Istana Nurul Iman awaits.
From the peak, you can take a path which will lead you to a hanging bridge and a second observation post, which also offers a breathtaking view of the capital and if you can reach it before the crack of dawn, you’d get a scenic view of the sunrise.
The path also leads to the starting point but as it is connected to route two, it isn’t possible to go beyond the post at the moment.
Aside from hiking, the park offers resting huts, where visitors can rest their weary feet after the long trek to the top or for a well-deserved picnic.
A few words of caution, the park isn’t as well-maintained as it was during its heyday. Some of the rails are broken and paths are marred with moss, foliage and falling branches making the ground slippery, therefore it is advisable to enter the park accompanied by a friend and  armed with a walking stick and a pair of sturdy shoes.
In addition, there are a few graves around the park. As a sign of respect for the departed, it is advisable for visitors not to touch or disturb these resting places.
The proximity to the centre of the city and a purple line bus stop at the foot of the hill, which is near the entrance, makes the park an idyllic place to exercise and to take in the wonderful sights.
So, whether you’re a health enthusiast, thrill-seeker, a photographer or just a curious passerby, Bukit Subok Recreational Park and Forest Reserve offers you more than just a hike.
The Brunei Times 
http://mail.bruneitimes.com.bn/happenings/2014/08/31/subok-glimspeof-capital

Bukit Subok bridge
Bukit Subok bridge

Brunei Share : The legends surrounding of Bukit Tempayan Pisang

The legends surrounding Bukit Tempayan Pisang can be promoted to attract tourists. This suggestion was yesterday made by Minister of Hom...