Showing posts with label tourist attractions in brunei. Show all posts
Showing posts with label tourist attractions in brunei. Show all posts

Wednesday, 16 July 2014

Brunei Holidays : One Billionth Barrel Monument

One Billionth Barrel Monument is One of Brunei oil Tourist attractions In Brunei, when youare visiting Brunei. Di sini terdapat banyak mesin automatik untuk menyedut minyak dari bawah tanah.. belakang rumah orang ker.. tepi jalan ker.. sebelah masjid.. ia ada di mana2 sahaja.. sesuatu pemandangan yang tidak pernah di lihat sebelum ini.. mungkin dengan kata lain seluruh kawasan Kuala Belait ni penuh dengan lautan minyak di bawah tanah..brunei oil reserves

Jika datang ke Miri.. Kuala Belait di Brunei memang menjadi salah satu tempat untuk di lawati para pengunjung.. selepas solat asar kami bertolak semula ke Miri.. pada waktu ini jika anda boleh elak maka elaklah dari menyeberangi Border di antara Kuala Belait dan Miri.. Kerana selepas waktu asar adalah waktu orang ramai pulang dari kerja.. memang slow kereta bergerak di border.. So please avoid :D 

source :
http://timetravelafif.blogspot.com/2014/01/brunei-part-1-jalan-jalan-di-kuala.html










Saturday, 12 July 2014

Brunei Holidays : History of Places and Monuments in Negara Brunei Darussalam

Tourist attractions in Brunei, Brief History of Places and Monuments in Negara Brunei Darussalam :

Jambatan Edinburgh
Jambatan Edinburgh adalah mengambil nama sempena lawatan pertama kali Yang Teramat Mulia Duke of Edinburgh ke Brunei dalam tahun 1959. Jambatan ini menyeberangi Sungai Kedayan yang menghubungkan dari Bandar Brunei ke Tutong dan Kuala Belait. Pembukaan rasminya telah disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Duke of Edinburgh selaku Tetamu Diraja itu sendiri pada 28 Februari 1959 jam 3.26 petang. Ia merupakan salah sebuah daripada empat buah jambatan yang dibina oleh Kerajaan yang menelan belanja sebanyak $2,219,000.00 di bawah peringkat pertama rancangan jalan dan jambatan yang menelan belanja kira-kira $70,000,000.00.
Ianya adalah antara usaha baginda Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien dalam membaiki dan mempertingkatkan lagi perkhidmatan sosial di Negeri Brunei pada tahun 1950-an.
Pintu Gerbang Sempena Peruspaan
Pintu Gerbang sempena Istiadat Perpuspaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-29 pada 1 Ogos 1968 telah disembahkan oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Di-Gadong Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusuf.
Pada asalnya Pintu Gerbang ini didirikan di kawasan Kampong Sultan Lama tapi telah dipindahkan ke sebelah dalam sedikit setelah Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dibina pada bulan Oktober 1993. 

Jam Peringatan
Jam Peringatan adalah merupakan sebuah tugu yang diperbuat daripada simen. Di bahagian keempat penjuru sebelah atasnya diletakkan sebuah jam Seiko. Ianya terletak di Simpang Jalan Sultan dengan Jalan Elizabeth Kedua iaitu di antara bangunan Setiausaha Kerajaan dengan Pejabat Pos Besar, Bandar Seri Begawan.
      Istiadat perletakkan batu asas bagi Jam Peringatan ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Dipertuan Agong Malaysia yang pertama, Persekutuan Tanah Melayu, Tuanku Abdul Rahman pada 11 Julai 1959 bersempena dengan lawatan keberangkatan baginda ke Negeri Brunei bermula dari 6 hingga 12 Julai 1959. Dengan terbinanya Jam Peringatan ini ianya melambangkan keteguhan dan keeratan perhubungan antara Negeri Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu.
Bubungan Dua Belas
Bubungan Dua Belas merupakan antara bangunan dianggap bersejarah di negara ini. Bangunannya terletak di lereng Bukit Subok, Jalan Residency dan jaraknya dari pusat bandar ialah kurang lebih 1½ kilometer. Bangunan ini dinamakan Bubungan Dua Belas kerana ia mempunyai dua belas bumbung yang bertingkat-tingkat. Ia didirikan setelah bermulanya sistem pentadbiran Residen British di Brunei sejak tahun 1906. Pada mulanya bangunan ini merupakan tempat kediaman rasmi bagi Mr. MacArthur, Residen British yang pertama di Brunei. Di sekitar kawasan bangunan ini sebelumnya juga menempatkan antaranya Pusat Pentadbiran, Balai Polis, Head Quarters Kakitangan Kerajaan dan lain-lain lagi. Pembinaan bangunan ini mula dilaksanakan dalam bulan Julai 1907 dan kontraktornya pula telah didatangkan dari luar negeri. Manakala para pekerja buruh adalah terdiri daripada anak-anak tempatan. Peralatan bagi pembinaan bangunan didatangkan dari Sandakan, Sabah. Bangunan Bubungan Dua Belas ini masih kekal hingga kini dengan tidak banyak mengalami perubahan dan sekarang ianya di bawah Pemuliharaan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

MASJID OMAR 'ALI SAIFUDDIEN
Masjid Omar 'Ali Saifuddien telah mula dibina pada 4 Februari 1954 atas hasrat dan cita-cita Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maulana Al-Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien. Baginda telah mengangkat mertabat ugama Islam ke tempat yang tinggi dan menjadikan ugama Islam sebagai ugama rasmi Negeri Brunei Darussalam. Ianya dibina di atas sebidang tanah seluas lima ekar berdekatan dengan pinggir Sungai Brunei, Bandar Brunei (Bandar Seri Begawan) dan merupakan salah sebuah masjid terindah di Asia Tenggara. Bangunan masjid ini mempunyai bentuk senibina Islam klasik, dihias dengan mozek emas, marmar dan kaca berwarna-warni. Menaranya mempunyai lif dan kubahnya diperbuat daripada emas setiap satunya berukuran 53 dan 54 meter tinggi. Di kawasan lagun pula dibina sebuah kapal konkrit yang berbentuk Kenaikan Diraja kurun ke-16.
      Masjid ini telah dibuka rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maulana Al-Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan Brunei ke-28 pada hari Jumaat, 26 September 1958. Masjid ini boleh menampung jemaah seramai 3,000 orang.
Lumut Lunting Dan Pulau Pilong-Pilongan
Lumut Lunting terletak di antara Pulau Sibungur dengan Pulau Berambang di kawasan Sungai Brunei. Lumut Lunting adalah merupakan legenda yang dikaitkan mengenai dengan kisah persabungan ayam di antara Brunei dengan Majapahit seperti yang terdapat dalam Syair Awang Semaun. Cerita persabungan ayam ini telah menjadi cerita lisan yang terkenal di kalangan masyarakat Brunei dan dipertuturkan daripada satu generasi ke satu generasi.
         Menurut Syair Awang Semaun, ketika Brunei diperintah oleh Awang Alak Betatar, Batara Majapahit yang bernama Raden Angsuka Dewa telah datang ke Brunei untuk mengadakan perlawanan bersabung ayam. Raden Angsuka Dewa mempunyai seekor ayam sabung yang perkasa diberi nama Asmara dan telah banyak mengalahkan ayam sabung dari negeri-negeri yang lain. Mamandangkan di Brunei juga terdapat ayam sabung yang perkasa, dipunyai oleh Awang Senuai iaitu anak saudara Awang Alak Betatar. Ayam tersebut diberi nama Mutiara, maka Ratu Majapahit telah menyatakan kepada Raja Brunei untuk mengadakan perlawanan bersabung ayam.
          Dalam perlawanan itu Betara Majapahit telah membuat pertaruhan iaitu jika ayamnya kalah, baginda akan menyerahkan 40 buah kapal serta isi harta di dalamnya kepada Raja Brunei dan sebaliknya jika ayam Raja Brunei kalah, Raja Brunei hendaklah menyerahkan sebahagian daripada wilayah kekuasaan baginda kepada Majapahit.
         Dalam persabungan itu ayam Ratu Majapahit telah kalah dan terbang melarikan diri, lalu jatuh ke laut berdekatan dengan Pantai Muara dan seterusnya menjadi batu, dikenali dengan nama Pilong-Pilongan. Kekalahan ini menyebabkan Ratu Majahapit merasa malu dan murka lalu menyumpah Mutiara menjadi batu. Akibat sumpahan itu, Mutiara yang sedang terbang telah jatuh ke Sungai Brunei dan menjadi batu yang seakan-akan menjadi sebuah pulau kecil dan dikenali dengan nama Lumut Lunting. Kedua-dua tempat ini, Pulau Pilong-Pilongan dan Lumut Lunting masih kekal dan dapat dilihat sehingga sekarang.
Menurut cerita orang tua-tua, Lumut Lunting ini dipercayai boleh menjadi satu tanda alamat kepada Negeri Brunei, iaitu sekiranya akan berlaku sesuatu peristiwa yang mendukacitakan menimpa Negeri Brunei, menurut kepercayaan, pulau ini tiba-tiba akan ghaib atau hilang. Menurut cerita lain pula jika Lumut Lunting dilanda banjir, adalah juga dipercayai sebagai petunjuk bahawa sesuatu peristiwa yang mendukacitakan akan berlaku ke atas Negeri Brunei.
Bagaimanapun itu adalah sebagai kepercayaan sahaja semata-mata. Sesungguhnya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.
Cendera Lambang Kenangan
Cendera Lambang Kenangan adalah sebuah gerbang yang dibina khas dengan ketinggian 10 meter, yang telah direka khas bagi Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Penukaran Bandar Brunei Menjadi Bandar Seri Begawan. Ianya terletak di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien. Pembinan Cendera Lambang Kenangan menelan belanja lebih $60,000.00 dan ianya telah disumbangkan oleh Syarikat Brunei Shell. Sementara itu rekabentuknya pula adalah ihsan daripada Arkitek Idris dan jurutera tempatan. Cendera Lambang Kenangan yang tersergam indah ini terukir dengan perkataan Bandar Seri Begawan 1970 - 1995. Pembinaannya dihasratkan untuk membangun dan mengindahkan serta mencantikkan lagi Bandar Seri Begawan. Struktur lambang ini memperkenalkan satu elemen struktur taman tiga demensi.
Istana Darusalam
Istana Darussalam yang terletak dengan megahnya di tepi tebing Sungai Kedayan merupakan contoh sebuah bentuk bangunan Melayu asli yang terbaik di zamannya. Ianya telah dibina daripada kayu dalam tahun 1947 dan kemudian beberapa bahagian seperti tiang dan pak-pak telah diganti dengan konkrit. Bangunan Istana Darussalam ini berwarna hijau dan coklat dengan bentuk sebuah rumah Melayu yang unik. Hingga ke hari ini bangunan istana tersebut dapat dilihat tersegam indah berbeza dengan kelompok rumah-rumah kampung yang terdapat di sekitarnya.
          Pelbagai upacara negara telah disempurnakan di istana ini, antaranya Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Begawan Sultan telah diarak menjadi Bendahara pada 15 Julai 1947 dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzddien Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah diputerakan pada 15 Julai 1946.
Istana Darussalam tidak lagi digunakan oleh keluarga Diraja pada ketika ini tetapi pada tiap-tiap hari Jumaat majlis tahlil diadakan di ruang utama oleh pegawai-pegawai dari Masjid Omar 'Ali Saifuddien.
            Dalam tahun 1951 keluarga Diraja telah berpindah dari Istana Darussalam ke Istana Darul Hana dan untuk seketika Istana Darussalam telah sempat digunakan untuk menempatkan tetamu-tetamu terdiri daripada rakan-rakan sedarjah Duli Yang Teramat Mulia Seri Begawan Sultan ketika menuntut di Malay College, Malaysia.
Taman Haji Sir Muda Omar' Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.
Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien terletak di pusat Bandar Seri Begawan ialah sebuah taman tempat berlangsungnya upacara-upacara negara seperti Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Hari Kebangsaan, Musbaqah Membaca Al-Quran, Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi wa Sallam dan sebagainya. Sesuai dengan kegunaannya bagi upacara-upacara yang besar, taman ini juga terdapat dua buah pentas yang dibuat daripada konkrit di samping taman bunga sebagai usaha untuk menyerikan dan mencantikan lagi kawasan berkenaan dan juga ibu negara.
Sebelumnya taman ini dikenali dengan nama Padang Besar, setelah ianya siap diubah suai dan diperindahkan dalam tahun 1983 maka ianya telah ditukar nama menjadi Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien sempena men0gambil nama AlMarhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Begawan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien. Taman ini juga merupakan tempat yang bersejarah kerana di sinilah juga berlangsungnya Pemasyhuran Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam pada 1 Januari 1984.
Universiti Brunei Darussalam
Usaha-usaha Kementerian Pendidikan dalam melaksanakan hasrat negara bagi mencapai taraf pendidikan tertinggi di negara ini terbukti dengan terbinanya kampus kekal, Universiti Brunei Darussalam, Kampong Tungku, Gadong yang mana pembukaan rasminya telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 15 September 1995.
Makam Sultan Sharif Ali
Makam Sultan Sharif Ali bertarikh TH 836 bersamaan TM 1432 terletak di Perkuburan Islam Kota Batu, Bandar Seri Begawan. Sultan Brunei ke-III memerintah dari TM 1425 - TM 1432.
Menurut Salasilah Raja-Raja Brunei, Sultan Sharif Ali yang menjadi menantu kepada Sultan Ahmad dan termasyhur dengan nama Sultan Berkat adalah berasal dari Taif, keturunan daripada Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi wa Sallam menerusi Sayidina Hasan. Baginda datang ke Brunei sebagai mubaligh Islam yang bersungguh-sungguh menjalankan dakwah Islamiah. Perkahwinan baginda dengan puteri Sultan Ahmad, Puteri Ratna Kesuma adalah menjadi suatu ikatan yang mengukuhkan kedudukan baginda sebagai mubaligh Islam di Brunei.
Tatkala Sultan Ahmad (Sultan Brunei II) lindung, berkebetulan baginda tidak mempunyai putera, maka dengan permintaan orang Brunei baginda telah dijunjung untuk menjadi Sultan Brunei Ke-III yang memerintah dalam TM 1425 - TM 1432.
Makam Sultan Bolkiah
Makam Sultan Bolkiah terletak di Kota Batu, Bandar Seri Begawan. Dalam Salasilah Raja-Raja Brunei, Sultan Bolkiah adalah Sultan Brunei yang ke-V. Baginda mula memerintah dianggarkan dalam TM 1485 iaitu setelah ayahanda baginda, Sultan Sulaiman (lindung TM 1511) menurunkan diri dari Takhta Kerajaan.
Sultan Bolkiah adalah Sultan yang gah namanya, dihormati dan dikasihi oleh sekalian rakyat dan pembesar baginda. Baginda suka belayar ke luar negeri dan kemudian membawa oleh-oleh untuk dijadikan bahan kemajuan negara dan rakyat Brunei. Setiap kali apabila baginda berangkat, baginda gemar membawa nobat (gendang) kebesaran Diraja, kerana itu baginda terkenal dengan nama 'Anakkuda Ragam' atau 'Nakhoda Ragam'.
Dalam Brunei in the Boxer Codex, baginda disebut Sultan Salan iaitu sebutan bagi Sultan Abdul Salam Bolkiah, manakala dalam Hikayat Hang Tuah, baginda terkenal dengan gelaran Adipati Sulok.
          Dalam zaman pemerintahan baginda, kekuasaan Brunei bukan sahaja meliputi keseluruhan Pulau Borneo bahkan Pulau-Pulau Suluk, Palawan, Balayan, Mindoro, Bonbon hingga Saludang. Sultan Bolkiah yang banyak berjasa kepada negara dan rakyat Brunei lindung pada TM 1524 ketika dalam pelayaran membawa permaisuri baginda Puteri Laila Menchanai ke Brunei.
Makam Sultan Muhammad Kanzul Alam
Makam Sultan Muhammad Kanzul Alam terletak di atas sebuah bukit arah timur laut, kira-kira 200 meter dari letak kereta VIP Kubah Makam Diraja. Baginda yang terkenal dengan mana 'Pengiran Di-Gadong Ayah' merupakan Sultan Brunei ke-21 yang memerintah Brunei. Baginda dimasyhurkan menjadi Sultan dalam TM 1807 dan turun dari takhta dalam TM 1826 atas sebab kesihatan baginda yang tidak mengizinkan untuk terus memerintah Brunei dan digantikan oleh putera baginda Sultan Muhamad Alam.
source :
http://pusat-sejarah.gov.bn/peristiwa.htm

Sunday, 9 June 2013

Brunei Holidays : Beautifully of Brunei Darussalam


Masjid Omar Ali Saifuddin
Masjid Omar Ali Saifuddin

Brunei Holidays : The Beautifully tourist attractions in Brunei Darussalam. Brunei Darussalam is a small yet prosperous country situated on the island of Borneo and flanked by the  Malaysian states of Sabah and Sarawak. This oil-rich land is known primarily for the astounding wealth of its Sultan and its inhabitants, where the citizens live a tax-free, heavily-subsidised existence. It comes as no surprise that its population enjoys one of the highest per-capita incomes in the world, owing to its wealth of natural resources relative to the size of the country and its population. 

Brunei is also well-known for its multi-faceted beauty - a quaint little country with so much aesthetic and intrinsic qualities to offer.

Brunei Traditional House
Brunei Traditional House

Brunei's Cultural Beauty
Brunei is a land steeped in culture and traditions - and the Bruneians are quite proud of that fact, too. Brunei embraces the Old Malay World culture, of which practices can still seen in the country today, such as the use of the Jawi script - an archaic script consisting of Arabic characters, used as a mode of written communication of the Malays in olden times - in most (written) official communications, official ceremonies, daily customs, and formalities. But although Brunei still holds on tight to its old culture and traditions, it is a vastly modern country in terms of trade, economy and technology - a fact which is the very core of Brunei's appeal and charms.

In the heart of its strong Malay culture and traditions, lies its strong Islamic foundation. This unique and balanced blend of Malay culture and Islamic practices is the Bruneians' way of life - a national philosophy, where faith is interspersed with culture - which is the core of its unique cultural identity. But despite the fact that Brunei remains a devout Muslim country, it still maintains a respectful tolerance towards other religions and beliefs. This mutual respect and understanding creates an environment that is both harmonious and stable, fostering unity within the country.
ulu ulu Temburong
ulu ulu Temburong

Brunei's Architectural Beauty
Many buildings in Brunei incorporate Islamic style and influences in its architecture, especially its mosques. The Jame Asr Hassanil Bolkiah Mosque, Brunei's largest mosque, is easily recognisable by its spectacular 24-carat golden domes which glitter in the bright sun during the day and glow during the night. It also features fountains sprouting `colourful' jets of water at night, gold-plated tiles, marble stones and fine Islamic calligraphy on its interior, making it one of the most magnificent mosques in the world. Another mosque which is just as impressive is the Sultan Omar Ali Saifuddin Mosque, also topped with golden domes. The mosque is also considered one of the most beautiful mosques in the world. It sits on an artificial lagoon near the Brunei River, with a life-sized replica of an ancient royal barge sitting outside the mosque in the waters. Like the Jame Asr Hassanil Bolkiah Mosque, it is also lit up at night, giving an ethereal quality to it.

Yayasan Sultan Hassanal Bolkiah Complex
Yayasan Sultan Hassanal Bolkiah Complex
Brunei Sultan Palace, is Istana Nurul Iman (Nurul Iman Palace) is reputedly the largest residential palace in the world, with over 1700 rooms in it. It is located on top of the hill overlooking the city, and its majestic domes are covered all over with 22-carat gold leaves. Its sheer size and intricate design render the palace a truly spectacular sight to behold, but it is only open to public during Eid-ul Fitri, the only time when the Sultan meets and greets his visitors.  
 Belait River
Belait River

Brunei's Natural Beauty

The raw, unspoilt nature of the island of Borneo means that Brunei is also a prime example of natural beauty, despite its modern establishments. Well-preserved rainforests make up more than 70% of the land area in Brunei, and its national parks are some of the finest in Asia - examples of the perfect ecosystem. Best of all, these national parks are easily accessible as they're located near the main cities.

The Ulu Temburong National Park, Brunei's main nature reserve and wildlife field-study centre, is home to an extensive array of flora and fauna from thousands of different species. Taking a luscious ride down the river in a longboat gives you the opportunity to experience Borneo's wildlife up close
and personal - proboscis monkeys hanging off the
branches, Nipah palm trees gracing both sides of the riverbank, melodious twittering from colourful birds perched on branches of trees and butterflies from some of the rarest species fluttering around. Alternatively, you can also choose to walk through its lush surroundings, dense with plants from hundreds of species - some of which could not be found anywhere else in the world.
Constitutional History Museum in Brunei
brief History of Brunei in this Museum
Bukit Pagon in Brunei
Bukit Pagon in Brunei

Brunei's beaches are also perfect getaway spots with its pristine, white sandy beaches and private atmosphere. Muara Beach, which is less than 27kms from Brunei's capital, is perfect for family outings with its well-equipped picnic areas and a children's playground. Pantai Seri Kenangan Beach is a scenic spot located just a few minutes' drive from the town of Tutong. The beach's feature attraction is a narrow strip of land which is flanked by the South China Sea on one side and the Tutong River on the other. Meragang Beach's unspoilt beauty provides the perfect background for those who want a quiet spot away from the hustle and bustle of the city.

There is so much more to Brunei, a tiny country with huge wonders, that could only be seen to be believed. Direct flights to Brunei are available from Asian and Middle-East destinations, and major European cities. It can also be reached on land via trains and coaches from neigbouring Sabah and Sarawak.

Brunei Share : The legends surrounding of Bukit Tempayan Pisang

The legends surrounding Bukit Tempayan Pisang can be promoted to attract tourists. This suggestion was yesterday made by Minister of Hom...