Hari kedua di Miri, kami bersiap agak lewat, belum dapat biasakan diri dengan keadaan di Miri yang Subuhnya lebih awal, jadi jam 6 pagi tu dah macam jam 7 pagi di Semenanjung. Lepas bersiap, kami bersarapan dulu di rumah keluarga adik ipar. Lebih kurang jam 10 lebih barulah gerak keluar. Kami singgah di E-mart Jalan Tudan untuk menukar Ringgit kepada Dolar Brunei. Kami ambil kesempatan ronda-ronda dalam E-mart ni. Meriah juga E-mart ni, macam-bacam barangan dijual dari barangan dapur basah sehinggalah ke pakaian dan barangan am. Di kawasan luar, terdapat peniaga yang menjual kuih-muih, ikan kering, terubuk masin dan sayuran tempatan, tapi aku tak sempat nak ambil gambar.. malu lah.. Semasa kami sampai di E-mart, hanya ada satu Money Changer yang dah buka iaitu yang terletakm disebelah supermarket. Kadar tukaran pagi tu ialah RM257 = Dollah Brunei 100.
Di sini juga ada jual keropok-keropok dan kuih tempatan. Tapi yang aku jumpa kebanyakannya peniaga yang tak bertudung. Aku tak nak terbeli makanan dari orang bukan Islam, ragu-ragu dengan halal haram dia. Yang peniaga Islam takdelah pulak jual keropok yang aku berkenan.
Lepas selesai buat tukaran wang dan beli beberapa barang, aku teruskan perjalanan ke CIQ Sungai Tujuh melalui Kuala Baram, dari E-mart, belok ke kiri, tak perlu nak patah balik ke bandar sebab E-mart ni terletak dalam perjalanan ke CIQ Sungai Tujuh. Perjalanan ke CIQ Sungai Tujuh mengambil masa dalam 15 minit sahaja. Bila jumpa jambatan yang tinggi semacam tu, hati aku semakin berdebar-debar. Kali pertama memandu masuk negara orang. Macam-macam yang aku fikir, boleh ke aku bawa kereta orang ni masuk.
Turun je dari jambatan tu terus nampak Plaza Tol Sungai Tujuh. Kereta dikenakan bayaran RM10. Sepanjang perjalanan rasa sepi je. Tak banyak kereta yang lalu lalang. Sampai di roundabout, terus masuk ke Kompleks ICQS Sungai Tujuh ni. Masa masuk dalam ni, aku jadi macam rusa masuk kampung. Tempat ni macam mati, macam dilanda garuda.. takde kenderaan lalu lalang, aku tak tahu nak masuk mana sebab terlepas signboard lorong masuk untuk kereta.
Akhirnya aku nampak sebuah kereta di roundabout nak masuk ke ICQS, aku terus follow, baru aku perasan ada signboard lorong masuk untuk kereta. Sebelum ni aku perasan lorong untuk lori dan trellar je. Masuk terus melalui kaunter Imigresen, serahkan pasport. Masa ni aku buat2 muka confidence je.. Alhamdulillah, xde banyak cakap, lepas cop, mamat Imigresen tu serahkan pasport semula dan aku terus melalui kawasan kompleks CIQ lama yang terbiar, keadaan jalan pun teruk berlubang dan lecak.
Selepas melalui Kompleks lama yang terbiar macam pekan dalam Walking Death tu, kami pun melepasi sempadan dan masuk ke Brunei. Perasaan bercampur baur, gembira, teruja, takut. Pertama kali masuk ke Brunei. Aku terus melalui pemeriksaan Imigresen Brunei untuk cop passport. Alhamdulillah, takde banyak cakap, senang betul nak masuk Brunei ni.
Aku terus memandu menuju kaunter Kastam pula, pada fikiran aku, mestilah Kastam Brunei ni akan selongkar beg, buka bonet kereta sebab di Brunei ni tak boleh bawa masuk rokok dan arak. Buka cermin tingkap kereta, pegawai tu cuma minta .Borang Masuk Sementara Bagi Kenderaan Persendirian'. Aku bagitahu yang aku takde borang tu, pegawai tu terus bagi borang dan minta aku isi di depan dan jangan blok jalan.
Aku pun park kereta kejap kat tepi jalan dpan kaunter tu dan isteri isikan borang yang diberi. Pemilik kenderaan ni dah siapkan salinan geran kereta yang aku sewa ni, jadi takde masalah untuk isi maklumat yang diperlukan dalam borang tu. Lepas selesai isi borang, aku siap dengan bawa salinan geran dan pasport terus menuju kaunter Kastam tadi untuk serahkan borang tu. Pegawai tu terus cop tanpa semak apa-apa pun.. alahai.. senangnya.. Kalau aku seludup orang dalam bonet kereta pun rasanya boleh kot.. ha ha ha.. Lepas cop, borang tadi diserah semula pada aku untuk semakan masa balik nanti. Syukur.. Syukur.. Syukur.. aku secara sah berada di Negara Brunei Darussalam.
Keluar saja dari Kompleks ICQS ni, terkejut aku tengok betapa banyak kereta yang beratur dari Brunei masuk ke Miri. Dari Miri masuk ke Brunei boleh dikatakan macam takde orang sampai aku sesat barat.. Tapi dari Brunei masuk ke Miri..fuhh..berkilometriko kenderaan beratur.. Risau pulak macamna nak balik nanti, mau berejam duduk dalam kereta bertaur nak balik.. hu hu..
Aku meneruskan perjalanan ke arah Kuala Belait sampailah ke Tol Jambatan Rasau Kuala Belait. Di sini kereta dikenakan bayaran sebanyak B$3.. Lebih kurang RM7.80 lah duit kita.. Maka bermulalah perjalanan sejauh lebih 110 kilometer menuju ke Bandar Seri Begawan melalui Seria, Tutong dan Jerudong. Keadaan jalanraya di kawasan ni beralun-alun dan aku dapat tengok kerja-kerja menaiktaraf jalan sedang dijalankan, InsyaAllah lain kali datang jalan dah cantik kot..
Selepas hampir 2 jam memandu, akhirnya aku sampai di Bandar Seri Begawan, terus suruh isteri call Mak Ngah untuk ambil kami. Tapi aku tengok meter minyak tinggal 2 bar, risau kalau tak cukup minya, terus aku cari stesen minyak di dalam Pusat Bandar. Di Brunei, stesen minyak dimonopoli oleh Shell. Aku masuk ke stesen, tapi staff stesen situ kata mereka tak boleh jual minyak pada pengguna kenderaan Malaysia, aku tanya di mana lagi aku boleh isi minyak. Staff tu suruh aku patah balik ke Gadong kerana di Gadong ada stesen minyak yang boleh jual pada kenderaan luar. Lebih kurang 15 minit memandu, aku sampai di Gadong, dan sekali lagi diberitahu stesen itu juga tidak menjual minyak untuk kenderaan asing. Aku mulalah naik angin. Sebab aku berada di tengah bandar, bukan di sempadan. Di Malaysia takdelah sampai tidak benarkan kenderaan luar isi minyak, cuma pengisian terhad dan cuma dilaksanakan di stesen yang berdekatan sempadan, di stesen lain tiada masalah. Kejam sungguh kerajaan Brunei ni buat peraturan macam ni. Brunei memang bukan pusat pelancongan, sebab tu sistemnya tidak mesra pelancong. Akhirnya staff stesen di Gadong tu menunjukkan aku sebuah lagi stesen di seberang jalan yang boleh menjual minyak untuk kenderaan asing.
Akhirnya dapat juga aku tambah tangki minyak sebanyak B$20 bersamaan RM52 dapatlah isi 19 liter Ron 97. Sebelum tu Mak Ngah menghubungi isteri supaya menunggu di Majis Jamek. Memandangkan internet handphone takde untuk aku buka google, aku tanya pada staff stesen tu di mana Masjid Jamek, katanya dia tak tahu. Macam nak cakap dengan taknak cakap je. Tak mesra langsung orang di Brunei ni. Seperti yang aku cakapkan tadi, Brunei bukanlah negara yang 'tourist friendly', mereka tak harap pendapatan dari sektor pelancongan sebab pendapatan dari minyak pun dah melambak-lambak.. Rupa-rupanya Masjid Jamek terletak berdekatan saja dengan stesen tu.. tapi dah nama sombong dan tidak mesra pelancong..
Aku berpatah balik ke Pusat Bandar Seri Begawan dan singgah di Tamu Kianggeh. Aku terus minta isteri call Mak Ngah untuk jemput kami di Kianggeh. Tamu Kianggeh ni merupakan salah satu tarikan pelancong. Semasa aku sampai di sini, waktu sudah jam 2 petang, jadi banyak peniaga yang dah tutup gerai. Aku sempat jalan sekitar tamu ni, takdelah besar mana kawasan ni pun. Tamu ni terletak ditepi Sungai Kianggeh, sebab tu nama dia Tamu Kianggeh. Semasa berjalan disekitar Tamu ni pun, peniaga di sini bukan seperti di tempat lain yang menawar barangan mereka pada kita.. senyap saja suasananya.. Aku tak ambil gambar di sini sebab ada beberapa gerai yang letak kad tertulis 'No Photography Please'.. Memang sombong.. Di bawah jambatan-jambatan Sungai Kianggeh ni pula terdapat beberapa bot untuk lawatan ke Kampung Air Kianggeh. Tapi seperti peniaga di Tamu, pengusaha bot ini pun tiada usaha panggil pelancong untuk guna service mereka, mereka harap pelancong sendiri yang panggil mereka. Untuk aktiviti ni, aku memang tak berminat sebab aku bawa anak-anak yang lasak. Bot yang digunakan pun kecil dan tidak berbumbung. Risau kalau jadi apa-apa, tunggulah anak-anak dah besar dulu baru boleh nak naik bot-bot sebegini..
Akhirnya Pak Ngah dan Mak Ngah sampai di Kianggeh. Inilah kali pertama aku jumpa Pak Ngah. Mak Ngah pernah datang ke Malaysia, jadi aku pernah jumpa dia sekali sebelum ni. Mak Ngah ni merupakan adik kepada mak mertua aku. Dia berkahwin dengan orang Brunei (Pak Ngah) yang ketika tu bekerja di Malaysia. Akhirnya Mak Ngah jadi Pemastautin Tetap di Brunei. Pak Ngah dan Mak Ngah mengajak kami terus ke rumah mereka yang etrletak di Lambak Kanan, Muara, Brunei kerana dia dah siapkan makanan.
Pada sebelah malam, Pak Ngah dan Mak Ngah bawa kami ke Pasar Malam di Gadong. Malangnya, dalam perjalanan ke Gadong, hujan turun dengan lebat.. sedey.. sedey.. Tapi Pak Ngah masuk juga ke kawasan Pasar Malam tu dan ketika tu hujan dah mula reda. Jadi, Pak Ngah, anak Pak Ngah dan aku saja yang turun untuk mencari makanan. Suasana dan barangan yang dijual di Pasar Malam Gadong ni, boleh dikatakan 95% serupa dengan Pasar Malam di Saberkas, Miri. Nasi dan kuih-muih yang dijual juga lebih kurang sama, cuma rasa makanan di Brunei tidak semanis makanan di Miri. Di sini juga terdapat ramai peniaga menjual ikan bakar seperti di Saberkas. Pak Ngah belikan beberapa jenis kuih-muih tradisional Brunei dan Nasi Ayam Penyet untuk makan makam kami sekeluarga.
http://jariyangbersuara.blogspot.com/2013/12/jalan-jalan-ke-miri-brunei.html