Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja
BANGUNAN Alat-Alat Kebesaran Diraja atau dikenali dengan nama Inggerisnya sebagai The Royal Regalia Building (RRB) mula dibuka rasmi pada 30 September 1992 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan NegaraBrunei Darussalam.
Bangunan ini merupakan bangunan yang mempamerkan sebahagian besar Alat-Alat dan Perhiasan Diraja yang diwarisi sejak turun-temurun zaman-berzaman sebagai lambing kebesaran Kerajaan Negara Brunei Darussalam.
Bahkan reka bentuk Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja ini juga turut menggabungkan ciri-ciri Konsep Melayu Islam Beraja dan telah menjadi salah satu mercu tanda di Bandar Seri Begawan, ibu negeri negara ini."
Seterusnya kami singgah di Bangunan Alat Kebesaran Di Raja Brunei. Masuk ke Galeri ni adalah percuma. Masuk je terasa sejuk nyaman, rasa nak berguling je atas karpet tu. Anak-anak aku apa lagi, berlari ke sana ke mari, berguling-gulingan sampai kena tegur dengan makcik-makcik yang bertugas di bangunan tu.
Dalam bangunan ni, segala beg kena simpan dalam locker. Tak boleh ambil gambar dalam galeri ni kecuali di ruang utama saja. Bangunan ni cukup besar sampai aku tak dapat nak tengok keseluruhan pameran yang ada sebab mengejar anak-anak. Antara yang dipamerkan termasuk hadiah-hadiah persembahan kepada Sultan Brunei, sejarah keluarga dan alat-alat kebesaran yang semuanya keemasan.
Selepas puas melawat mana yang terdaya, kami terus ke Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin yang berdekatan. Masjid ni boleh dikatakan mercu tanda utama Brunei lah. Dikatakan kubahnya bersalut emas. Jubin-jubin di tempat wuduk pun dicat warna keemasan sampai silau nak berjalan dek pancaran matahari. Sempat aku iktikaf sekejap dalam masjid ni. Syukur kerana diberi peluang. Dalam masjid ni tak dibenarkan ambil gambar. Saiz dewan solat masjid ni taklah besar sangat, hiasan dalam masjid ni agak klasik dan ada kerosakan yang menunjukkan masjid ni dah lama.
Tak sangka pulak Pak Ngah dan Mak Ngah hantar kami sampai ke Tutong, separuh perjalanan dah. Dalam 50km lagi dah boleh sampai Miri. Pak Ngah ajak kami berhenti rehat di Restoran Haji K.K.Koya dan Anak-Anak. Kata Mak Ngah, rojak di sini adalah yang terbaik kat Brunei.
Dah kata rojak terbaik, haruslah aku cuba. Pada aku biasa je kot. Mungkin kat Brunei, rojak ni yang terbaik, Aku pun tak pasti berapa harganya sebab Pak Ngah yang bayar semua.
Lepas habis sepinggan rojak, aku nampak ada kuih berbalut dalam kertas coklat. Tertulis kat situ, 'Madu Kasirat', macam sedap je.. macam best je.. macam nak try je.. Aku cuba le ambil satu, Mak Ngah kata nak makan kuih tu kena cubit sikit-sikit. Buka je balutan, aku nampak kuih ni macam 'wajik sirat' kat semenanjung. Tapi bila cubit dah rasa, kuih ni lebih berderai dan bukan pejal macam 'wajik sirat'.. rasanya pedas dan berrempah. Boleh memanaskan badan dan melancarkan peredaran darah, kata Pak Ngah. Aku tak boleh makan kuih ni, aku ada high blood, takut badan panad kot jadi apa-apa. Dah lah jauh beribu kilometriko dari rumah.
http://jariyangbersuara.blogspot.com/2013/12/bandar-seri-begawan.html
Bandar Seri Begawan
ReplyDelete