Saturday, 30 October 2010

Sejarah Ringkas Jabatan Daerah Belait


Daerah Belait adalah daerah yang terbesar diantara empat-empat daerah di negara ini yang mempunyai keluasan 2791.368 km persegi. Daerah Belait mempunyai 8 buah mukim iatu :

1. Mukim Kuala Belait               - 80.502 sq.km
2. Mukim Kuala Balai                - 295.3398 sq.km
3. Mukim Seria                          - 168.730 sq.km
4, Mukim Liang                          - 142.781 sq.km
5. Mukim Bukit Sawat                - 303.306 sq.km
6. Mukim Labi                           - 361.804 sq.km
7. Mukim Sukang                      - 812.245 sq.km
8. Mukim Melilas                       - 602.803 sq.km

Pusat Pentadbiran Daerah Belait dahulunya terletak di Mukim Kuala Balai yang mana ditubuhkan dalam tahun 1926 dan ditadbir oleh seorang Pegawai Daerah Belait yang pada ketika itu Yang Mulia Pengiran Dato Shah Bandar Pengiran Anak Hashim.

Dalam Tahun 1929 setelah minyak ditemui di Pekan Seria, Pusat pentadbirannya pun berpindah ke kawasan Kuala Belait yangmana bangunannya terletak di Jalan Mckerron pada masa ini. Pada ketika itu Pegawai Daerahnya ialah Yang Mulia Dato Shah Bandar Abang Seruji. Sistem Penolong Residen mula diperkenalkan dalam tahun 1930 sehingga dalam tahun 1960 seorang anak tempatan pertama telah dilantik menjadi Penolong Residen Daerah Belait yang pada ketika itu Yang Mulia Pengiran Haji Abu Bakar.


Dalam Tahun 1984, Pusat Pentadbirannya berpindah lagi ke bangunan barunya persebelahan dengan bangunan lama di Jalam Mckerron sehingga ke hari ini. Pegawai Daerah Belait yang sekarang ialah Yang Mulia, Awang Matusin Bin Orang Kaya Sura Haji Tuba.

http://jabatandaerahbelait.blogspot.com/
https://www.facebook.com/jdbkhedn

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...